Tanggal 7 Oktober 2008 bersamaan 7 Syawal 1429 H pada jam 11.00 pagi kita orang sekeluarga telah dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan iaitu kami telah kehilangan orang yang amat kami kasihi. Tetapi DIA lebih menyayanginya. Mak saudara kawan atau lebih dikenali dgn panggilan 'Mak Teh' telah meninggalkan kami semua setelah lama mengidap pelbagai jenis penyakit. Kawan dapat call dari mak dalam area pukul 11.05 pagi, kebetulan pulak, hubby kawan pada masa 2 ade meeting kat office. Sesudah ajer abih meeting dalam pukul 12 lebih baru le hubby datang jemput. Kita orang sekeluarga terus bergegas ke Felda Chini 1 untuk menziarah. Jenazah arwah selamat dikebumikan dalam pukul 5 petang, selepas semua ahli keluarga berkumpul. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Selepas aje majlis pengebumian, kita orang sekeluarga bergegas pulak balik kerumah untuk menyiapkan juadah untuk majlis tahlil pada malam harinya pulak. Kami menyediakan juadah yang ala kadar sajer coz masa dah suntuk, mane taknyer pd ari 2 ramai yg berpose enam termasuk le kawan. Pas ajer siap2kan juadah, kita orang semua berkejar lak ke kedai makan berhampiran utk berbuka. Tunggu punye tunggu pukul 7 lebih baru le kita orang dpt berbuka. Punye le slow servisnyer. Masa 2 Tuhan ajer yg tahu. Selepas Solat Isyak majlis tahlil diadakan. Dah siap kemas2 aper2 yg patut, kita orang sekeluarga pun bertolak balik ke Kuantan. Sesampai ajer kat rumah tepat jam 12. Ari ni, ari yg betui2 meletih n memenatkan kawan dan jugak keluarga. Esok pulak nak keje. Ooooo penatnyer. Inilah cabaran dan dugaan dari Yang Maha Esa. Kawan amat berterima kasih pada arwah coz semasa kawan bertugas di SK Chini 1 & 4, kawan sempat le menumpang dirumahnya sebelum dapat mencari rumah sewa. Dalam 2, 3 bulan jugak le kawan menumpang kat situ. Tapi sayang semuanya sudah tiada ertinya lagi. Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas rohnya dan ditempatkan dikalagan orang2 yang soleh. INSYALLAH.AMIN.... AL-FATIHAH buat arwah.
Pneumonia sebab kematian utama pada 2023 - Perangkaan
-
Pneumonia menjadi sebab kematian utama di Malaysia pada 2023 dengan 18,181
kematian direkodkan, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir
Mahid...
3 days ago
2 comments:
TAKZIAH...Sedih tp terpakselaa terime hakikat bahwasenye yg idup pasti akan mati.Semoge ruhnye dtmpatkan bersame org yg beriman,Amin...
takziah diucapkan... moga rohnya ditempatkan bersama orang2 yg beriman...
Post a Comment