Cute Llittle Muslim & Muslimah Contest | adam anith aiman
Ice Cream Sejuk

Cute Llittle Muslim & Muslimah Contest




buka jer blog tadi, ternampak ler kat member punye blog ade contest. ni lah kali pertama mencube contest. selama nie x pernah pun nak cube, tp kali nie rase macam best lak...kebetulan gambo anak2 memang dah ade. tu yang nak cuba nie... dan nie lah dier antara syarat-syaratnyer.....


Info Contest:

Tempoh contest adalah selama 1 bulan iaitu dari 20 September 2010 hingga 20 October 2010.
Contest akan ditutup pada 20 October 2010 tepat jam 2.00 pm.

Info tentang hadiah akan di update kemudian. Doakan Ummi selamat pergi dan balik dari Shanghai, dan Insya'Allah Ummi akan bawak balik souvenir dari Shanghai utk pemenang.
Insya'Allah 3 pemenang akan dipilih bagi setiap kategori.

Contest terbahagi kepada 4 kategori:

1A - Little Muslim (1 hari - 3 tahun)


1B - Little Muslimah (1 hari - 3 tahun)




2A - Little Muslim (3 tahun - 6 tahun)
2B - Little Muslimah (3 tahun - 6 tahun)

Syarat-syarat contest:
  1. Terbuka kepada semua yang mempunyai blog dan anak/adik/anak saudara kandung yang berusia 1 hari hingga 6 tahun.
  2. Warganegara Malaysia (Warganegara Malaysia yang stay kat luar negara pun boleh join ye, tapi nanti kalau menang, kena bagi alamat Malaysia la...)
Apa perlu kalian buat?
  1. Add blog AshA's FaMiLy dan Contest for Anas di bloglist/blogroll blog kalian dan pastikan ada link back.
  2. Wajib menjadi follower kedua-dua blog AshA's FaMiLy dan Contest for Anas.
  3. Buat satu entry di blog kalian tentang contest ini dan hanya tajuk CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST sahaja diterima.
  4. Letakkan banner contest di entry dan sidebar blog kalian dan pastikan ada link back ke entry ini. (Penyertaan terbatal sekiranya tiada link back)
  5. Upload HANYA SEKEPING gambar anak/adik/anak saudara yang berpakaian baju melayu/jubah lengkap dengan songkok/kopiah (bagi lelaki) dan baju kurung/jubah lengkap dengan tudung litup (bagi perempuan).
  6. Kalau peserta lebih dari seorang, boleh upload gambar dalam satu entry dan nyatakan di entry ya.
  7. Nyatakan NAMA,UMUR,TARIKH LAHIR, KATEGORI dan HARAPAN kalian terhadap Little Muslim & Muslimah kalian.
  8. Tag rakan2 untuk join contest ini.
  9. Tinggalkan komen dan link entry contest kalian di entry ini sahaja.

Tambahan syarat contest:

Update 25 Sept 2010 @ 10.25 p.m
  • bagi kanak2 perempuan, gambar yang bertelekung pun diterima.
  • gambar yang nampak tudung saja pun acceptable asalkan kanak2 perempuan memakai pakaian yang menutup aurat la. (x aci pakai skirt tp pakai tudung kan?)
  • bagi kanak2 lelaki, pakai kemeja, seluar panjang & kopiah pun dah ok. pendek kata nak bagi nampak imej muslim/ah je....





dan nilah penyertaan saya dua muslim harapan bangsa dan agama INSYALLAH....
 

Nama : AIMAN SYAZWAN BIN SAHROM

 Umur : 4 TAHUN
 
Tarikh Lahir : 30.09.2006

Kategori : 2A (LITTLE MUSLIM)

Harapan : Ibu sentiasa berdoa dan mengharapkan semoga Abang Aiman menjadi seorang muslim sejati yang sentiasa mentaati dan menghormati ibu dan abah serta berpegang teguh kepada ajaran Islam.




Nama : ADAM SYAFIQ BIN SAHROM

 Umur : 1 TAHUN 3 BULAN
 
Tarikh Lahir : 02.07.2009

Kategori : 1A (LITTLE MUSLIM)

Harapan : Ibu sentiasa berdoa dan mengharapkan semoga Baby Syafiq menjadi seorang muslim sejati yang sentiasa mentaati dan menghormati ibu dan abah serta berpegang teguh kepada ajaran Islam.

ok sape-sape yang join contest nie lawatlah ke { Cute Little Muslim & Muslimah Contest } moh pakat ramai-ramai kita join contest nie.

3 comments:

Ummi Shira (AshAnas) said...

wah, besday abg aiman sm ngn aunty shira la...
thanks sudi join contest saya... ada 2 je yg belum lengkap, bloglist n jadi follower... kedua2 blog ya, http://ashrafshaakira.blogspot.com/ dan http://contest4anas.blogspot.com/

Ummi Shira (AshAnas) said...

salam, sy masih xleh semak kat bloglist n dlm senarai follower pun belum ada lagi...

Ummi Shira (AshAnas) said...

pembetulan, senarai follower ada, cuma xdpt semak kat bloglist